SAYA menerima pelbagai keluhan daripada pesakit mengenai pasangan mereka. Antara soalan yang sering diajukan ialah “adakah normal bagi suami tidak mengadakan hubungan seks dengan pasangan untuk tempoh panjang sedangkan mereka baru berkahwin?”
Soalan ini sebenarnya agak sukar untuk saya jawab bagi pihak
suami yang dipertikaikan. Bagi saya, hubungan seks adalah satu keseronokan yang
tiada bandingan jika dilakukan dalam ikatan perkahwinan.
Kalau begitu, hubungan seks pasangan yang berkahwin sepatutnya memang
benar-benar menyeronokkan dan tentu mereka tidak melepaskan peluang bersanggama
tidak kira siang atau malam! Begitupun, perkara ini tidak berlaku pada sejumlah
pasangan, sama ada suami kurang minat atau isteri sengaja mengelak
persetubuhan.
Lelaki yang pernah menceburi dunia fantasi seksual dan
menghayati keseronokan seksual secara bersendirian akan sukar menikmati
keseronokan itu bersama pasangan.
Ini kerana keseronokan yang dihayati selama ini datangnya daripada imaginasi
mereka saja dan mengikut ragam serta perasaan kendiri, sedangkan kini mereka
kena mengikut ragam pasangan masing-masing.
Lagipun, cengkaman tangan yang dilakukan ke atas anggota sulit sebenarnya lebih
padat dan mendapat sentuhan, sedangkan cengkaman faraj pasangannya lembut dan
tidak memberi tekanan diperlukan kepada anggota kelamin untuk mencapai klimaks.
Pendek kata, lelaki menjadi tidak seronok! Jadi mereka malas
untuk melakukan persetubuhan. Perkara sama juga boleh dialami sesetengah isteri
yang turut berjinak-jinak dengan amalan onani.
Jadi suami sukar memberi kepuasan kerana cara dilakukan isteri untuk memuaskan
diri tidak dapat diberikan oleh anggota kelamin suami! Kesudahannya, si isteri
mengelak persetubuhan kecuali dalam keadaan terdesak seperti mahukan anak. Jadi
amalan onani serius dan sukar dibendung jika terikat dengannya.
Saya pernah diberitahu seorang suami bahawa dia tidak berminat
bersetubuh dengan isteri kerana farajnya berbau atau berair dan tidak
mencengkam.
Suami dan isteri perlu membaca nota ini dan maklum bahawa hubungan seksual
sebenarnya adalah tanggungjawab dan tidak boleh diabaikan.
Suami perlu memastikan bahawa isteri mendapat nikmat seksual yang secukupnya
dan jika ada masalah dalam hal sebegini, rujuk kepada doktor atau pakar untuk
rawatan.
Isteri pula perlu menjaga tubuh badan dalam usaha memberi kepuasan yang
diidam-idamkan suami. Menurut pandangan Islam, ini dikatakan sedekah dan
pahalanya sangat besar. Jadi, lakukan tanggungjawab anda bersama pasangan.
Jika ada yang tidak kena, maklumkan pasangan dan cari penyelesaian sebaik-
baiknya demi kebahagiaan rumah tangga.
Artikel ini disiarkan di
Harian Metro pada : 2012/10/20
No comments:
Post a Comment