[UNTUK BACAAN PASANGAN DAH KAWEN JE]
Dikatakan
hubungan seks mampu mengubati apa jua penyakit yang singgah ke tubuh. Malah,
kenyataan ini mulai dipersetujui oleh penyelidik-penyelidik perubatan. Kata
mereka, aktiviti seks yang teratur berupaya memperbaiki peredaran darah,
menghalang penyakit dan berkemungkinan besar meningkatkan tahap imunisasi
badan.
Begitu
juga dari sudut emosi. Dipercayai, wanita-wanita yang cukup puas mendapat
keperluan jasmani kurang berhadapan masalah tekanan perasaan malah memiliki
daya keyakinan diri yang tinggi selain penampilan keseluruhan yang lebih
positif. Sebenarnya, apa yang dinyatakan itu hanya sebahagian daripada
keseronokan mengadakan hubungan asmara .
Ada beberapa
keistimewaan melakukan seks selepas berkahwin.
Wajah berseri
Tidak
dinafi, kebanyakan wanita berkongsi pendapat yang sama iaitu hubungan seks yang
dilakukan secara teratur mampu membuatkan kulit menjadi lebih mulus dan
bersinar malah jelita. Benarkah begitu?
Dikatakan,
kebangkitan fizikal tidak hanya meningkatkan peredaran darah sebaliknya
berupaya menaikkan paras estrogen yang berfungsi untuk mengekalkan kulit wajah
yang berminyak dan lembut. Dalam masa yang sama, ia juga membuatkan rambut
kelihatan lebih lebat dan sihat.
Bentuk tubuh yang menarik
Letih
bersenam di gimnasium atau penat berdiet semata-mata untuk mendapatkan tubuh
badan yang cantik? Sebenarnya, terdapat cara yang lebih mudah untuk merealisasikan
impian anda itu.
Cukup
hanya di rumah dan banyakkan belajar dari suami ketika mengadakan hubungan
kelamin. Masih tidak faham? Sebenarnya, ketika anda melakukan seks, anda
sebenarnya sedang bersenam tetapi gaya
senaman yang dilakukan lebih menyeronokkan kerana saling bekerjasama.
Seseorang
yang mempunyai kehidupan seksual yang lengkap dan teratur secara automatiknya
memiliki daya keyakinan diri yang tinggi lantaran merasakan senaman tersebut
serasi dengan tubuh.
Hilangkan lenguh-lenguh badan
Letih
bermain badminton belum hilang ditambah pula dengan rasa sengal-sengal badan.
Mungkin kerana lama tidak bersukan jadi ada sahaja urat-urat yang bersimpul
dileraikan. Lazimnya, khidmat tukang urut diperlukan tetapi dalam hal ini,
pasangan adalah ‘doktor’ yang paling hebat.
Cari
waktu yang menarik untuk berdua-duaan dengan pasangan dan nikmati keseronokan
tanpa gangguan daripada anak-anak. Pasti kesakitan yang ditanggung itu mampu
dipulihkan setelah hubungan seks dilakukan.
Kenapa?
Ini kerana setiap kali hubungan kelamin berlangsung, sejenis hormon yang
dinamakan endorphin telah dikeluarkan yang mana ia adalah ubat penahan sakit
secara semula jadi yang dikeluarkan oleh tubuh.
Malah,
penulis buku “The Healing Power of Sex” menjelaskan bahawa sekali orgasma mampu
menjauhkan seseorang dari sakit selama enam jam.
Kitaran haid yang teratur
Menurut
Winnifred Cutler, pengarang buku “Love Cycles”, wanita yang mengadakan hubungan
seks setiap minggu mudah menjangkakan kedatangan haid berbanding wanita-wanita
bujang atau kurang melakukan hubungan kelamin dengan pasangan.
Ini
kerana, wanita yang mempunyai pusingan haid yang teratur lebih mudah
menjangkakan bila waktu suburnya. Jadi, dengan mudah keduanya merancang untuk
memiliki cahaya mata setelah mengetahui waktu penting tersebut.
No comments:
Post a Comment