Showing posts with label Artikel. Show all posts
Showing posts with label Artikel. Show all posts

Sunday, March 24, 2013

Kepuasan bersama


SAYA menerima pelbagai keluhan daripada pesakit mengenai pasangan mereka. Antara soalan yang sering diajukan ialah “adakah normal bagi suami tidak mengadakan hubungan seks dengan pasangan untuk tempoh panjang sedangkan mereka baru berkahwin?”

Soalan ini sebenarnya agak sukar untuk saya jawab bagi pihak suami yang dipertikaikan. Bagi saya, hubungan seks adalah satu keseronokan yang tiada bandingan jika dilakukan dalam ikatan perkahwinan.
Kalau begitu, hubungan seks pasangan yang berkahwin sepatutnya memang benar-benar menyeronokkan dan tentu mereka tidak melepaskan peluang bersanggama tidak kira siang atau malam! Begitupun, perkara ini tidak berlaku pada sejumlah pasangan, sama ada suami kurang minat atau isteri sengaja mengelak persetubuhan.
Lelaki yang pernah menceburi dunia fantasi seksual dan menghayati keseronokan seksual secara bersendirian akan sukar menikmati keseronokan itu bersama pasangan.
Ini kerana keseronokan yang dihayati selama ini datangnya daripada imaginasi mereka saja dan mengikut ragam serta perasaan kendiri, sedangkan kini mereka kena mengikut ragam pasangan masing-masing.
Lagipun, cengkaman tangan yang dilakukan ke atas anggota sulit sebenarnya lebih padat dan mendapat sentuhan, sedangkan cengkaman faraj pasangannya lembut dan tidak memberi tekanan diperlukan kepada anggota kelamin untuk mencapai klimaks.
Pendek kata, lelaki menjadi tidak seronok! Jadi mereka malas untuk melakukan persetubuhan. Perkara sama juga boleh dialami sesetengah isteri yang turut berjinak-jinak dengan amalan onani.
Jadi suami sukar memberi kepuasan kerana cara dilakukan isteri untuk memuaskan diri tidak dapat diberikan oleh anggota kelamin suami! Kesudahannya, si isteri mengelak persetubuhan kecuali dalam keadaan terdesak seperti mahukan anak. Jadi amalan onani serius dan sukar dibendung jika terikat dengannya.
Saya pernah diberitahu seorang suami bahawa dia tidak berminat bersetubuh dengan isteri kerana farajnya berbau atau berair dan tidak mencengkam.
Ada juga suami yang mengatakan bahawa si isteri enggan mencuba posisi lain, sedangkan semua posisi yang suami ingin mencuba tidak dilarang agama.
Ada juga suami yang hilang minat terhadap isteri kerana perubahan bentuk badannya iaitu gemuk dan tidak menghangatkan perasaan. Dalam keadaan tidak teruja, sukar mengadakan persetubuhan.
Ada isteri pula memberitahu, mereka kurang berminat kerana suami cepat klimaks atau ereksi tidak cukup keras dan keadaan itu menyakitkan.

Ada juga yang menyatakan ereksi suami tidak cukup padat untuk melakukan pelbagai posisi, oleh itu hubungan kelamin mereka menjadi hambar kerana asyik melakukan satu posisi. Ada juga menyatakan suami berperut buncit manakala ereksinya terbenam.

Suami dan isteri perlu membaca nota ini dan maklum bahawa hubungan seksual sebenarnya adalah tanggungjawab dan tidak boleh diabaikan.
Suami perlu memastikan bahawa isteri mendapat nikmat seksual yang secukupnya dan jika ada masalah dalam hal sebegini, rujuk kepada doktor atau pakar untuk rawatan.
Isteri pula perlu menjaga tubuh badan dalam usaha memberi kepuasan yang diidam-idamkan suami. Menurut pandangan Islam, ini dikatakan sedekah dan pahalanya sangat besar. Jadi, lakukan tanggungjawab anda bersama pasangan.
Jika ada yang tidak kena, maklumkan pasangan dan cari penyelesaian sebaik- baiknya demi kebahagiaan rumah tangga.
Artikel ini disiarkan di Harian Metro pada : 2012/10/20

Wanita Yang Puas Seks Lebih Jelita



[UNTUK BACAAN PASANGAN DAH KAWEN JE]

Dikatakan hubungan seks mampu mengubati apa jua penyakit yang singgah ke tubuh. Malah, kenyataan ini mulai dipersetujui oleh penyelidik-penyelidik perubatan. Kata mereka, aktiviti seks yang teratur berupaya memperbaiki peredaran darah, menghalang penyakit dan berkemungkinan besar meningkatkan tahap imunisasi badan.

Begitu juga dari sudut emosi. Dipercayai, wanita-wanita yang cukup puas mendapat keperluan jasmani kurang berhadapan masalah tekanan perasaan malah memiliki daya keyakinan diri yang tinggi selain penampilan keseluruhan yang lebih positif. Sebenarnya, apa yang dinyatakan itu hanya sebahagian daripada keseronokan mengadakan hubungan asmara. Ada beberapa keistimewaan melakukan seks selepas berkahwin.

Wajah berseri

Tidak dinafi, kebanyakan wanita berkongsi pendapat yang sama iaitu hubungan seks yang dilakukan secara teratur mampu membuatkan kulit menjadi lebih mulus dan bersinar malah jelita. Benarkah begitu?
Dikatakan, kebangkitan fizikal tidak hanya meningkatkan peredaran darah sebaliknya berupaya menaikkan paras estrogen yang berfungsi untuk mengekalkan kulit wajah yang berminyak dan lembut. Dalam masa yang sama, ia juga membuatkan rambut kelihatan lebih lebat dan sihat.

Bentuk tubuh yang menarik

Letih bersenam di gimnasium atau penat berdiet semata-mata untuk mendapatkan tubuh badan yang cantik? Sebenarnya, terdapat cara yang lebih mudah untuk merealisasikan impian anda itu.
Cukup hanya di rumah dan banyakkan belajar dari suami ketika mengadakan hubungan kelamin. Masih tidak faham? Sebenarnya, ketika anda melakukan seks, anda sebenarnya sedang bersenam tetapi gaya senaman yang dilakukan lebih menyeronokkan kerana saling bekerjasama.
Seseorang yang mempunyai kehidupan seksual yang lengkap dan teratur secara automatiknya memiliki daya keyakinan diri yang tinggi lantaran merasakan senaman tersebut serasi dengan tubuh.

Hilangkan lenguh-lenguh badan

Letih bermain badminton belum hilang ditambah pula dengan rasa sengal-sengal badan. Mungkin kerana lama tidak bersukan jadi ada sahaja urat-urat yang bersimpul dileraikan. Lazimnya, khidmat tukang urut diperlukan tetapi dalam hal ini, pasangan adalah ‘doktor’ yang paling hebat.
Cari waktu yang menarik untuk berdua-duaan dengan pasangan dan nikmati keseronokan tanpa gangguan daripada anak-anak. Pasti kesakitan yang ditanggung itu mampu dipulihkan setelah hubungan seks dilakukan.
Kenapa? Ini kerana setiap kali hubungan kelamin berlangsung, sejenis hormon yang dinamakan endorphin telah dikeluarkan yang mana ia adalah ubat penahan sakit secara semula jadi yang dikeluarkan oleh tubuh.
Malah, penulis buku “The Healing Power of Sex” menjelaskan bahawa sekali orgasma mampu menjauhkan seseorang dari sakit selama enam jam.

Kitaran haid yang teratur
Menurut Winnifred Cutler, pengarang buku “Love Cycles”, wanita yang mengadakan hubungan seks setiap minggu mudah menjangkakan kedatangan haid berbanding wanita-wanita bujang atau kurang melakukan hubungan kelamin dengan pasangan.
Ini kerana, wanita yang mempunyai pusingan haid yang teratur lebih mudah menjangkakan bila waktu suburnya. Jadi, dengan mudah keduanya merancang untuk memiliki cahaya mata setelah mengetahui waktu penting tersebut.

* Dipetik dari majalah Mingguan Wanita October 2012

Friday, January 25, 2013

Isteri Tiada Mood


December 8, 2009
By johnjimat

SAYA mempunyai isteri berusia 31 tahun. Apa yang membimbangkan saya ialah dia sering dingin seks terhadap saya. Apabila ditanya, alasannya ialah tiada mood.

Saya amat kecewa dengan jawapannya itu. Bagaimanakah cara untuk mengatasi masalah berkenaan? Ada atau tidak sebarang ubat untuk membolehkan isteri saya bernafsu semula?

HAZAMI | Bandar Utama, Petaling Jaya.
—————————————————————————————————————-

AKTIVITI seksual adalah hubungan intim yang mengeratkan kemesraan suami isteri dan sudah tentu menyemarakkan hubungan silaturahim mereka. Jika ada masalah dalam hal hubungan seksual, perkara berkenaan tidak boleh dibiarkan dan perlu dipulihkan.

Ia boleh dilakukan dengan cara sendiri yang memerlukan kerjasama suami isteri atau bimbingan kaunselor yang mahir dalam hal hubungan intim. Hubungan seksual memerlukan kerjasama suami dan isteri dan masing-masing perlu memainkan peranan.

Seks bantu proses pulih minda suami isteri



tanyadrxy@bharian.com.my
2010/07/17

Soalan:

SALAM sejahtera, doktor. Saya sudah mendirikan rumah tangga hampir 12 tahun lalu. Masalah saya, sekarang saya mengalami keinginan melakukan hubungan seks dengan isteri terlalu kerap, malah hampir setiap hari. Apakah ini mendatangkan masalah kesihatan kepada diri saya dan isteri?

Jawapan: 

SAUDARA, hubungan seks yang kerap walaupun pada kadar setiap hari, tidak akan menimbulkan apa-apa kemudaratan. Hubungan seks dianggap satu proses pemulihan (healing) yang baik untuk minda dan tubuh badan. 

Berikut ialah beberapa kelebihan melakukan hubungan seks: 
1. Sejenis senaman. 

Hubungan seks ialah salah satu bentuk aktiviti fizikal. Ketika hubungan berlaku, berlaku pelbagai perubahan fisilogi yang berlaku dalam badan seolah-olah seperti seseorang lelaki sedang menjalani aktiviti senaman. 

Kecundang atas ranjang


tanyadrxy@bharian.com.my
2010/06/19

PENGALAMAN seks yang memuaskan adalah penting untuk menjalin hubungan yang erat dan intim antara suami isteri. Namun begitu, ramai di antara kita yang merasa was-was atau tidak selesa untuk membincangkan masalah seks dengan pasangan atau doktor, mungkin kerana kita rasa malu. 

Masalah ini tidak akan lenyap begitu saja dan lebih lama anda menunggu untuk mendapatkan nasihat profesional, semakin tergugat hubungan intim antara anda dan isteri. Sebenarnya anda tidak harus khuatir kerana kebanyakan masalah seks boleh dirawat.

Menurut pakar sosiologi University of Chicago, Edward Laumann, penyelidik utama dalam kajian seks menyeluruh di Amerika Syarikat (AS), seramai 31 peratus lelaki dan 43 peratus wanita mengalami suatu bentuk disfungsi seks.

Wednesday, January 16, 2013

Ereksi lebih lama


Sembilan dari 10 lelaki di Malaysia akui kebolehan kekal ereksi amat kritikal dalam hubungan kelamin, peka kehendak pasangan

TAHUKAH anda mengikut kajian, lelaki Malaysia mengakui mereka cukup mementingkan kepuasan seksual pasangan. Ini kerana mereka berpendapat, wanita lebih merasa disayangi dan dihargai apabila mencapai kepuasan dalam hubungan seks.
Kaji selidik itu juga merumuskan, lelaki Malaysia yang meletakkan diri mereka pada skala tertinggi, tiga kali ganda lebih yakin dan puas dengan diri mereka sebagai pasangan seks, berbanding golongan lain yang kurang berkemampuan dalam aspek itu.
Kebanyakan lelaki tidak tahu ialah kegagalan fungsi ereksi adalah salah satu tanda awal bagi penyakit kardiovaskular. Lazimnya, ia berlaku seiring dengan diabetes, hipertensi, kolesterol tinggi dan penyakit jantung. - Dr George Lee, Panel pengkaji ISS Maklumat ini adalah antara penemuan kaji selidik Ideal Sex Survey (ISS) yang dikendalikan syarikat farmaseutikal terkemuka, Pfizer. Kaji selidik ISS bermula Disember lalu dengan kelompok 3,282 lelaki dan wanita sebagai responden di 10 negara di rantau Asia Pasifik termasuk Malaysia.


73 peratus wanita tak puas di ranjang


TEKANAN di tempat kerja antara punca ketidakpuasan seksual. – Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sebanyak 73 peratus wanita di negara ini didapati tidak mencapai kepuasan dalam aktiviti seksual mereka.

Menurut kajian yang dijalankan oleh Pfizer Malaysia pada Mei hingga Julai tahun lalu, masalah itu turut dialami lelaki negara ini.

Sebanyak 62 peratus lelaki Malaysia turut dikatakan tidak puas di ranjang.

Pakar seksologi dari Pusat Kesihatan Seksual Australia, Dr. Rosie King berkata, peratusan tersebut menunjukkan kadar yang tinggi berbanding purata peratus keseluruhan tahap kepuasan seks yang diperoleh di Asia Pasifik iaitu 57 peratus bagi lelaki dan 64 peratus bagi wanita.

Katanya, fenomena tersebut berlaku berikutan kebanyakan lelaki dan wanita di Malaysia lebih mengutamakan kerjaya dan kehidupan keluarga.


Lelaki Malaysia menderita dalam senyap


"Tidak malam ini sayang, saya letih di pejabat.'' Mungkin ungkapan ini biasa diucapkan oleh isteri kepada suami. Bagaimana pula jika ucapan sama keluar dari mulut lelaki yang bergelar suami yang kehilangan perasaan keintiman.

Mungkin apa yang terfikir hanya keletihan atau tekanan menjadi faktor penyebab kelembapan rangsangan seksual.

Namun ia sebenarnya turut dikaitkan dengan faktor kesihatan, emosi dan gaya hidup seseorang yang amat berkait dengan kesihatan seksual.

Berbanding topik penjagaan kesihatan lain seperti amalan gaya hidup sihat, senaman dan pemakanan seimbang, topik ini amat jarang diperkatakan.

Selain kurang kesedaran mengenainya rasa malu dan ego adalah penyebab utama kenapa ia jarang dibincangkan.

Tetapi hakikatnya, kini semakin ramai lelaki di Malaysia sedang menderita dalam senyap.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...